Monday, 1 December 2014

BIODATA PEMAIN 
MOHD RAZMAN ROSLAN





Mohd Razman Roslan adalah seorang pemain bola sepak yang kini mewakili Pahang Darul Makmur. Razman telah bermain bersama skuad senior Selangor sejak musim 2006 sehingga 2010 apabila diserapkan dari skuad Piala Presiden. Beliau merupakan pemain pertahanan yang serba boleh dan pernah mewakili skuad bawah 23 kebangsaan Malaysia ketika era Bertalan Bisckei.
SEJARAH BERULANG DI STADIUM DARUL MAKMUR




 Dramatik! Fantastik! Itu kata-kata yang dapat diperkatakan tentang perlawanan yang berlangsung malam tadi. Perlawanan "panas" antara pasukan Pahang dan JDT malam tadi berlangsung dengan begitu menarik sekali.
Pasukan Pahang membuka tirai jaringan seawal minit ke 12 setelah hantaran Conti mudah menewaskan penjaga gol JDT hasil hantaran Hafiz. Mendahului di awal permainan tidak merencatkan serangan Tok Gajah, malah terus menerus menyerang ke arah kubu lawan. Pada minit ke 20 sekali lagi pasukan Pahang mendapat peluang keemasan setelah Gopi melakukan hantaran lintang dan disambar Kojie lalu terkena palang. Tidak lama selepas itu, Gopi melakukan "placing" ke arah gawang gol lawan tetapi ditepis kemas Norazlan Razali. JDT sekali sekala melakukan serangan balas dengan gerakan-gerakan one-two pemain import mereka. Serangan JDT akhirnya berhasil setelah Amri Yahya melakukan "cut-back" lalu disambar Pablo Aimar untuk menyamakan kedudukan di masa tambahan. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-1.
Masuk separuh masa kedua, pasukan Pahang bermula garang . Free kick di minit ke 47 dimanfaatkan sepenuhnya setelah Stewart menanduk bola terkena tiang gol lalu pantas disambut Kojie untuk melakukan sepakan deras menewaskan barisan pertahanan JDT. Beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Pada minit ke 72, Safee Sali menyamakan kedudukan 2-2 setelah melakukan tandukan padu ke arah pintu gol Pahang juga hasil dari sepakan percuma. Tersentak dengan gol penyamaan, pasukan Pahang dilihat berusaha keras untuk melakukan sesuatu. Pertukaran 2 pemain di separuh masa kedua nampaknya berjaya memberikan impak kepada pasukan. Gol di minit 90+2 diterjemahkan oleh Hafiz Kamal hasil hantaran Azidan  menggamatkan lagi suasana di stadium Darul Makmur. Perlawanan tamat dengan keputusan 3-2. Kemenangan berpihak kepada pasukan Pahang.


BIODATA PEMAIN
Damion Delano Stewart


TERKENAL dengan gelaran 'Kereta Kebal', bekas pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR) dan pemain kebangsaan Jamaica itu menjadi aset pertahanan Pahang yang cukup kental dan banyak membantu Pahang sejak musim lalu.

Menjadi pemain kesayangan peminat Tok Gajah, faktor fizikal bentuk badannya dan ketinggian menyebabkan pemain lawan berdepan tugas sukar untuk membolosi pertahanan Pahang.

Stewart juga rajin membantu dan skil tandukannya pada musim ini banyak membantu Pahang dengan tandukan masuk ke dalam gawang
menewaskan penjaga gawang lawan dengan gol yang dihasilkan banyak menerusi tandukannya.

Namun pemain berusia 33 tahun ini perlu berhati-hati kerana bentuk fizikal dan sentuhannya boleh disalah anggap pemain lawan dan pengadil kerana dilihat seakan mengasari lawan walaupun mungkin pemain itu tidak berhasrat sebegitu.



Nama: Damion Delano Stewart
Tarikh Lahir:18 Ogos 1980
Umur: 33 tahun
Asal: Kingston, Jamaica
Posisi: Pertahanan
Tinggi: 1.91 m
Mula beraksi mewakili Pahang: 2013
hingga sekarang
No Jersi: 4
BIODATA PEMAIN

Azammuddin B. Mohd Akil


Mohd Azamuddin Md Akil ataupun Alex ialah seorang Pemain bola sepak profesional.
eliau juga kini beraksi di Liga Super Malaysia bersama pasukan negeri kelahiran beliau iatu Pahang,dan sekarang beliau mewakili pasukan kebangsaan Malaysia sejak saingan Piala Suzuki AFF 2012.Beliau menjaringkan 1 gol ketika menewaskan Indonesia 2-0 pada saingan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.[1]
Nama Penuh : Mohd Azamuddin Bin Md Akil 
Tarkh Lahir: 16 April 1985 Tempat Lahir: Kuala Lipis,Pahang 
Tinggi: 172
 Alamat: Indera Sempurna, Jln Ktn-Pekan 
Pendidikan: Sekolah Menengah Orang Kaya Haji, Kuala Lipis
 Hobi: Snuker 
Pemain Idola: Roberto Baggio dan Azizul Kamaluddin 
Pasukan Diminati: MU dan Italy 
Posisi: Sayap dan Penyerang
 Pemain: Pahang, Malaysia 

BIODATA PEMAIN



Mohd Amirul Hadi Zainal/Yol (lahir pada 27 Mei1986 di Melaka) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Johor Darul Takzim F.C di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga adalah anak kepada bekas pemain Selangor pada era 90-an iaitu Zainal Nordin.
Amirul membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menetang Bahrain. Sebelum itu dia juga mewakili pasukan bawah 23 tahun pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dan pasukan bawah 20 tahun Malaysia.
Amirul merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika bertemu gergasi Liga Perdana InggerisChelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Amirul begitu menyerlah sehingga hampir menggegarkan gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas tipis 0-2.
Amirul menjaringkan gol pertamanya untuk Malaysia ketika menentang Myanmar pada 23 Oktober, 2008.
Pada Tahun 2013 dia sering menjadi tonggak utama Pahang FA dan tumpuan Dollah Salleh.Pahang FA berjaya memenangi Piala Malaysia 2013.
Pada Tahun 2014 dia kini menjadi pemain Johor Darul Takzim F.C Di Liga Super Malaysia.

BIODATA PEMAIN






Nama Penuh: Matías Ruben Conti

Tarikh Lahir: 17 January 1990 (age 23)

Tempat Lahir: Reconquista, Santa Fe, Argentina

Tinggi: 1.83 m (6 ft 0 in)

Kelab Terdahulu: Vélez Sarsfield, Deportivo Merlo, Tristan Suárez

Posisi: Penyerang

Matias Conti menyertai Pahang pada April 2013 setelah khidmat penyerang import sebelum ini, Mohamed Borji dan Nikolce Klečkarovski.

Dilahirkan di Reconquista, Santa Fe, tempat yang sama Batistuta dilahirkan, Conti memulakan kerjaya bola sepak di Velez Sarsfield sebagai pemain remaja di kelab tersebut. Setelah cemerlang dengan pasukan remaja, penyerang Argentina ini dipanggil bermain dengan pasukan simpanan Velez dan di musim berikutnya, beliau mula menyertai latihan pra-musim dengan pasukan utama.

Vélez Sarsfield
Pada musim 2009-10 dia membuat debut profesional pertama dalam Argentina Primera División ketika Vélez Sarsfield menentang Rosario . Dia telah bermain 4 perlawanan dalam musim tersebut sebelum dipinjamkan ke Deportivo Merlo untuk musim 2010-2011. Di sana,beliau telah bermain 14 perlawanan dan berjaya menjaringkan satu gol

Deportivo Merlo
Selepas musim agak baik dengan Deportivo Merlo, kelab tersebut bersetuju untuk menandatangani Conti secara kontrak tetap untuk musim 2011-2012. Dia menjaringkan gol pertama untuk Merlo pada 27 Mei 2012, apabila Deportivo menentang Gimnasia La Plata. Selepas musim 2011-2012 tamat, Conti sekali lagi berpindah dan kali ini beliau menyertai Tristan Suárez yang bermain di Primera B Metropolitana, division 3 Liga Argentina.

Tristan Suárez
Di Tristan Suarez, Conti membuat penampilan sulungnya pada 6 Ogos, masuk sebagai sub ketika Tristan Suarez tewas kepada San Telmo. Kemudian, beliau membuat penampilan pertama sebagai kesebelasan utama untuk kelab itu dalam perlawanan menentang Barracas Central. Pada 9 September 2012, dia telah berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Tristan Suárez pada minit ke-33 semasa menentang Deportivo Laferrere. Beliau membuat 20 penampilan dengan Tristan Suárez sebelum dia bersetuju untuk menyertai Pahang FA di Liga Super Malaysia 2013

Pahang FA
Pada 8 April 2013, Conti telah jalani ujian dengan Pahang FA untuk mengisi kekosongan kuota pemain import. Dia menyumbat 5 gol dalam perlawanan persahabatan ujian menentang Shahzan Muda FC dan seterusnya terpilih untuk menyertai Pasukan Pahang FA. Pada aksi sulungnya bersama Pahang, dia menyumbang 2 gol untuk membawa Pahang FA ke dalam separuh akhir Piala FA Malaysia 2013.

Telah menjadi harapan seluruh penyokong dan peminat pasukan “Tokgajah” untuk melihat pemain import baru Pahang ini dapat membantu pasukan meraih kejayaan tahun ini. Jadi sama-sama lah kita saksikan kehebatan Conti ketika turun beraksi buat kali pertama di Stadium Darul Makmur malam esok.

Stadium Darul Makmur


Stadium Darul Makmur terletak di bandar KuantanMalaysia. Dibuka pada tahun 1970 dan telah dua kali diubahsuai dengan yang terbaru pada 2011 untuk Sukan Malaysia (Sukma XV) 2012. Stadium Darul Makmur merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan bola sepak Pahang FA, mampu menampung sehingga 40,000 orang penonton pada satu-satu masa.